Lawak Sengal b4 Raya08…
Errmmm hari ni dah hari raya ke tujuh…cepat betul masa berlalu sejak aku balik 26/9 hari tu…antara hari aku tak leh lupa sebab aku wat lawak sengal dgn bos kesayangan aku tuh…tu la hari akhir bekerja sebelum poly bercuti selama 2 minggu….hari tu mmg tak de mood dah nak keje….aku n jane minggu tu dah cadang2 nak amik cuti hari jumaat konon2 nak balik kampung awal sikit…tapi tak jadi sebab sayang le pulak kena ganti kelas…
Pagi2 kelas aku kul 8-10 je…then dah free…tengah hari tu waktu rehat balik kuaters jap kemas2 barang sikit n segarkan badan…dalam 2.45ptg masuk balik ofis..huhuhu sembang dgn jane n shad pasal tak de mood dah nk wat keje..sume excited nak tunggu kul 5 petang …nak punch card n chow balik…dalam kul 3 ptg tepon ofis exam jmsk bunyi..shad pun angkat cam biasa ler coz tepon tu memang paling dekat dgn dia..aku tengah wat ‘keje sikit’ ngadap pc..tak heran le…tetiba shad kata ‘sape yg free petang ni?..bos nak turun pilih soalan final’..
Aku n jane apa lagi dgn suara high pitch nye membebel tanpa pandang shad… “asstagghhhfirullahhallazzziiimmm..biar betul bos ni..dah petang2 nk pilih soalan..nk pilih soalan2 tu dah le lama..org dah mood nak balik kampung ni..kul 5 nak terus balik..gerak lambat nanti jam kat elite..uisshh geram nye..sape ler yg nk turun kat unit exam bawah tu..pasal le tak inform awal2 nak pilih soalan…n bla..bla..bla..bla”…
Dalam aku membebel..shad bersuara.. “Kak idaaa…bos nak cakap..dia tanya apa yg wahida membebel tuh!”…shad dah tergelak-gelak sambil pegang gagang telefon…macam nak tersekat nafas aku…hahaha bos dengar rupanya…aku n jane pun apa lagi gelak gak le sambil aku amik tepon tu cakap soriii sesangat…huhuhu dah kantoi ngaku je la…dia kata awal lagi nih…dia dah kat dalam unit exam..tunggu we all…aku pun n jane apa lagi turun le secepat mungkin….kali kedia dah ni aku kantoi pasal telefon ni…hari tu dgn mr nice guy kes pijak dulang…adoiyai…
Tapi mmg ada hikmah nye bos nak turun unit exam ptg tu..ptg tu gak jane dapat call dari admin yg terima surat kata dia kena p meeting kat Seremban 13/10 ni…huhuhu betul2 lepas habis cuti sem..so kena uruskan that day gak le pasal dokumen perjalanan rasmi..nak tempah driver dsb..
then waktu yang sama gak surat dari PSIS suh buat LO untuk bawa pelajar ke Cabaran Matematik, Sains & Pengetahuan Am tiba kat admin…mujur le admin tu atas unit exam je…admin lak kata borang permohonan LO kena hantar hari ni gak sebab we all cuti 2 minggu…yuran pertandingan tu kena bayar kat PSIS sebelum 15/10..if balik 13/10 baru nk hantar mmg tak lepas le…sib baik bos ada…kitorang siap2 sume borang tu on the spot kat unit exam…then minta dia check..nk suh dia sign terus dia tak bawa cop lak…jane pun apa lagi pujuk dia balik ofis jmsk je…sambung pilih soalan pas cuti…hehehe…yg penting tepat kul 5 aku sempat hantar sume ke admin…huhuhu….
Mmg le before balik Seremban tu aku p minta ampun n maaf kat dia..dia pun sengih je sambil memaafkan aku…huhuhu…nasib baik bos sporting giler n faham perangai we all….perangai paling bukan2 kat jmsk tuh…alaaa papepun mmg bos kdg2 akan cari kami berdua if nk suh wat pape pun…dia tau walau kami sesengal mana pun…kami sentiasa memberi yg terbaik dalam tugas n confirm setel walau pape prblemnye J..huhuhu betul kan bos!…that’s why i love my job…
Esok nye aku turun KL ada majlis berbuka puasa kawan2 KUiTTHO yang disorganize oleh Irni kat “Sana Sini Cafe “, Kelana Mall..mmg best giler makan kat situ…tapi ada kes lawak sengal yg berlaku lagi tapi tak leh aku cite kat sini…sori kawan2 sebab membuat korang tertanya-tanya n membuat spekulasi tak munasabah…especially to eriya yg tak tenang makan nye…huhuhu….well my friends reality nye.. i’m still single
…
Edisi lepas geram..:)
Wahh..sejak Friendster dah tak leh log in kat ofis lama giler aku tak update album n blog…balik weekend ni pun apa lagi LEPAS GERAM n amik kesempatan ler kacau pc abah ni…hehehe…
Sedar tak sedar dah 20 hari umat Islam berpuasa…so far alhamdulillah aku cukup lagi..huhuhu…nway dalam bulan Ramadhan aktiviti aku seperti hari2 biasa…bz dgn keje, P&P..lagi2 ler pulak 24&25 hb ni Audit Surveillance by SIRIM…tapi yg aku tak sangka aku makin aktif ler pulak join aktiviti kenarianz.com.my sejak2 pegi Konvoi Jalur Gemilang - Perak Chapter 9/8/08 ritu..Blog kali ni aku nak share tulisan abg joe yg aku amik dari forum kenarianz.com.my yang aku rasa aktiviti&pengalaman paling berharga sejak join kelab nih!..nyway we all dah jadi official club :)..congrats to the committe n ahli kenarianz semua!!!
“Alhamdulillah majlis berbuka bersama anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Hawa Kinta pada sabtu lepas (6/9/08) berjaya dilaksanakan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Dalam kita bergembira dengan kenari kesayangan kita tak lupa kita pada adik-adik kita yang tidak mempunyai sesiapa, hidup jauh dari keluarga tanpa kasih sayang ibu dan ayah.
Terpancar kecerian dan kegirangan di wajah anak-anak yatim pada hari itu bila di bawa berkonvoi dan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama warga kenarianz. Masing-masing berebut memilih kenari mana yang hendak dinaiki. Masa tu terasa sebak dan pilu membayangkan betapa kalau kita yang berada di tempat mereka…
Perjalanan berkonvoi ke Restoran Laksamana Cheng Ho diiringi hujan yang turun renyai-renyai namun terhibur dengan celoteh adik-adik bertanyakan berbagai soalan. Tersentuh perasaan bila seorang anak yatim bertanyakan ‘ abang ada emak dan ayah? ‘. Camner nak jawab ni…cuma mampu mengangguk perlahan…
Sebaik sampai azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka. Dengan penuh tertib anak-anak yatim beratur menanti giliran di meja buffet. Berbagai juadah dan hidangan membuka selera apalagi kali ini dapat berbuka beramai-rama yang mana peluang seperti ini memang sukar untuk diperolehi di lain-lain bulan. Suasana begitu harmoni sekali berbuka sambil saling berbual, bercerita, mengeratkan tali silaturrahim diselangi tawa riang anak-anak warga kenarianz.
Selesai manjamah juadah berbuka, solat maghrib didirikan di surau yang disediakan oleh pihak pengurusan. Waktu yang terluang seterusnya diambil oleh saudara Club Rep kita (Mozweed) untuk memyampaikan sepatah dua kata dan menyampaikan sumbangan dari warga kenarianz kepada wakil dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Hawa Kinta iaitu En Jamil. Sumbangan yang tak seberapa diharap dapat membantu usaha murni pihak pengurusan mengasuh adik-adik kita yang amat memerlukan perhatian.
Sekitar jam 9.30 majlis bersurai dengan kembali berkonvoi menghantar pulang anak-anak yatim ke asrama. Namun peristiwa dan kenangan bersama mereka tinggal terpahat di ingatan. Terimakasih kepada semua warga kenarianz Ipoh terutamanya Club Rep yang kita kasihi Sdr Mozweed atas aktiviti amal yang begitu bermakna buat warga kenarianz. Terimakasih atas sumbangan yang kita kumpul untuk anak-anak yatim bukan saja dari warga kenarianz Ipoh malah dari warga kenarianz keseluruhannya dan pihak komiti. Syabas pada sdr zxkn, sdr nizam yang sanggup untuk datang dari jauh dan hadir untuk memberi sokongan yang tak berbelah bagi…wa respect u all. Juga sdr gbumlover dan miss wahida yang datang dari Tanjung Malim, sdr kenaritam dari Teluk Intan. Tak lupa ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada wakil wartawan dari akhbar KOSMO dan Ipoh Echo yang telah sudi untuk sama-sama berkongsi cerita pada malam itu. Kehadiran semua dengan semangat yang membara cukup untuk memperlihatkan betapa keluarga kenarianz yang besar ini bukanlah kelab permotoran semata-mata tetapi lebih kepada kelab kekeluargaan yang sukar untuk dicari ganti.
Ramadhan yang penuh keberkatan. Hadirmu dinanti…Pergimu ditangisi…Wassalam.” - hasil nukilan Abg joe - a.k.a kelabuasap….”
Caya lah Kenarianz Perak Chapter!
Uncategorized | Comment (0)Welcome JULY 2008…
Waaaa cuti dah habis…mula dah keje….pelajar baru pun dah daftar 6/7……cam biasa portfolio aku time MSK ni..pengacara majlis…baik perasmian pembukaan n penutup…dah diarahkan nak wat cam ne…aku pun risau nanti semua bosan..balik2 muka aku duk kat rostrum tu haaa…hope leh tukar portfolio untuk sem2 yg akan datang…
So far minggu ni pelajar baru baik2 je aku tengok nyer…bertembung dgn aku beri salam…waaa hormat nye mereka..hope leh kekal le sampai bebila… then 9/7 anak-anak PA aku yg tamat LI balik mendaftar….SUB 4…thanx Jaja sebab banyak bagi aku tunjuk ajar…huhuhu 1st time jadi PA nih….aduss pening gak bila ada yg tak lepas report LI nye…dah sah tak leh daftar modul…isnin ni dah le nak mula kelas….selagi tak lepas report LI tu aku tak dapat tolong pape…just aku contact parents minta tolong tengok2 kan anak diorang..pastikan report tu wat betul2…..besar betul tanggungjawab nak jaga 19 pelajar ni smp diorang Grad…isk..isk..mampukah Aku?
Jadual pun aku dah dapat…huhuhu kena ajar Carry Modul B1001…huhuhu sem 1 Jan 08 ramai giler fail B1001 …tak pasal2 sem ni kelas carry B1001 kena buka sampai 9 kelas..hehehehe…CM 1A, 1B..sampai ler ke CM 1I…tak pasal2 JSMK kena meeting dgn Pengarah….aku ingat nak diam je dalam meeting…aleh2 1st soalan yg Pengarah tanya pasal keberkesanan Klinik Matematik yg JMSK wat sem lepas….sume dah pandang aku…huhuhu aku le Penyelaras Klinik tu…kena la menjawab…cuak giler nak explain depan Pengarah …tersasul gak ar….alhamdulillah tak de pape..program tu dapat green light untuk diteruskan…then Pengarah nasihat agar lebih prihatin dgn student dll…erm pas meeting tu..aku, jane n shad melawak la coz masing2 kena ajar kelas CM 1C, 1G n 1H…1C tu 1 CEMERLANG..then 1GEMILANG n Shad 1HARAPAN…nanti before kelas mula we all nak suh sume pelajar CM ni medley lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang n Satu Harapan (Jac nyer lagu..)..untuk motivasi la konon….hehehe kitorang time sengal cam2 idea kuar…nway 1C aku tu akan dihuni oleh student SAD n SKE…huhuhu confirm tercabar habis aku sem ni…belum mula kelas pun aku dah tau
Dalam aku bz dgn student baru…ramai ex-students inform yg diorang dah dapat sambung degree..ada yg wat kat UTHM, UTEM, UiTM…ada yg dah dapat keje pun inform aku…alhamdulillah..masing2 mula melangkah setapak lagi dalam hidup mereka..aku sebagai seseorang yg pernah hadir dalam hidup mereka (walaupun hanya untuk 1 semester) cukup gembira coz mereka still ingat kat aku…aku wish lots of luck…
Dlm bz keje seminggu pertama dalam July 08 ni…teringat aku kisah2 yg berlaku cuti sem last 2 weeks…silverbird aku masuk hospital wat plastic surgery..salah aku gak..ntah cam ne instict that day tak tepat…ingat leh lepas..mangsa nye silverbird aku tu ler..berderau tgk kemek nye..Ya pun rasa bersalah coz terjadi nyer time aku bawa dia p jumpa doktor…alhamdulillah dah ok n kembali keadaan asal….huhuhu pas ni tamau dah terlebih yakin..hehehe
Then time cuti gak aku p layan movie ‘Sepi’ dgn Ya…huhuhuhu sanggup ‘amik cuti’ (erk..ye ke???)… meneman kan along dia ni..hehehehe jeles sebenarnye ada along dia kat rumah…mula ar nak memanjakan diri..nak makan ubat pun along gak kena wat air..huhuhuuu…kutuk2 aku nangis tengok ‘Sepi’..ko pun sama ler…hahahaha…tapi “Sepi” memang best la…ada part hepi, sweet, sayu dll..memang rugi tak tengok…but ‘Cinta’ still lagi best kot…
Emmm 14/7 mula kelas…lenguh tul kaki pakai heels yg bertutup penuh…seminggu ni aku test fully pakai dari mula sampai balik keje….malam tu aku sendiri je ler tau cam ne seksa nye nak tido….aku dah survey dgn member2..confirm malam tu sakit belakang….tapi aku tak nafikan memang pembawaan diri tu lebih yakin…isk apo aku ngarut dah ni cte pasal kasut lak…..nyway DKE 6C, DTK 5, CM 1C n kelab kebudayaan….hope we will have fun together 4 this July 08…gud luck for me…welcome July 2008!! Ida…chaiyok!..chaiyok!
Uncategorized | Comment (1)End of January 08…
Isk..isk.. dah seminggu cuti ni…hehehe fikir2 balik tamat dah rupanyer sem Januari 2008..cept betul masa berlalu…bz gak aku sem ni…selain P&P n tugas hakiki…ada je event weekend..p trip kenarianz ar…ladies nite kptm la..nyibuk2 kawad polibriged member2 aku ler..then keje amal "Relay for Life" yg last minute aku join…n yg pasti hujung2 sem ni jemputan jamuan student sem akhir…hehehe tu yg best nyer ngajo sem akhir
sebut2 sem akhir ni…alhamdullah sangat2 aku sem jan08 ni dapat kelas yg org kata ‘terang hati’, majoritinye baik n tak de problem sangat…wpun ada yg prob sgt2 akhir ;)..DEM 6B..DTP 6..DKE 5C (integrasi) n DET 5…hehehe paling tak sangka aku pulangkan semua 4 tugasan, 5 kuiz n 2 ujian diorang…so aku telus ler dalam pembahagian markah n itu yg berhak mereka dapat…untuk sem 6 lak..aku check fail diorang…pastikan setiap satu tu ada…sampai kelas DEM 6B tu kata ‘cik ler lecturer yg paling skema kitorang dapat n yg berada dijalan yg lurus’…hehehehe memang tergelak bila aku ingat ayat diorang tuh!…wat cam ne dah pihak pengurusan kata Sem Akhir mesti ada fail yg simpan sume2 tu bersama tarikh aku bagi n tarikh student dapat balik semua2 penilaian tu..aku yg menurut perintah je ler….
Aku masih ingat betapa kelam kabut nyer diorang mencari semua penilaian bila pertengahan sem aku minta hantar fail..sape yg tak lengkap aku tolak markah PB…huhuhu..time tu ada yg kuiz dah lipat 150 lipatan..ada cap tapak kasut saiz 7..hehehe…fail lagi bermcam2 jenis, saiz n kaler…ada yg hello kitty la..doraemon la..sometimes aku confuse diorang ni betul ke student Mekanikal…isk..isk kelas DEM 6B-39 org..DTP-44 org..so ada 83 fail aku kena selenggara…aku tengok Jane pun cam tu gak..huhuhu tu la aku kata ada gak lecturer JMSK yg cedera ditimpa fail…huhuhu…
Paling aku surprise adalah dgn student DTP 6 Jan 08 ni..lain 360 darjah dgn senior diorang sem lepas…especially dari segi pakaian..kemas giler…confuse aku betul ke kelas Mekanikal Pembuatan ni…itu yg aku puji sangat…attitude pun cam tu gak..nota lengkap..kiranye 2 kelas meche sem ni wat aku happy ler bila keluar kelas..tapi ada ler dua2 kelas ni ….2, 3 kali kena kunci kat luar kelas gak sebab lambat datang kelas kul 8 pagi…hehehe tu time aku dah bertukar jadi ‘kakak tiri’ le…rupanye ada yg amik gambar kat luar kelas sebagai tanda kenangan kena kunci kat luar kelas cik wahida…bertuah betul diorang nih!…hehehehe
before balik bercuti ni..17/6/08..aku p naik pentas amik APC untuk 2007 kat PUO…hehehe berdebar macam nak konvo lak…alhamdulillah kali ni rezeki aku..nway aku tak pernah la bekerja untuk dapat anugerah..coz memang aku cintakan sangat keje aku sebagai penyampai ilmu sepanjang 3 tahun aku bekerja…well bila imbas kembali tahun 2007 (mostly kisahnyer aku catat dalam blog2 sebelum ni)..tu memang cabaran bagi aku..macam2 berlaku..
mula dgn sesi Jan 07..1st time ngajo SAD 2..perhhh cabaran nak bg diorang minat mate yg kebanyaknnye takde basic add math…kelas ‘hardcore’ DEM 5B yng pernah wat aku keluar dari kelas lepas 1/2 jam kelas mula..kelas DET 5 aku yg ramai giler sampai kena ngajar kat Dewan Kuliah…aku kena panggil dgn KJ coz benarkan 8 stdt Meche integrasi dalam kelas B4001 Elektrik aku…huhuhu jadi kecoh gak ler antara JMSK dgn JKM time tu…tapi untuk 8 students tu aku fight kenapa aku bagi masuk…alhamdulillah En Zul faham n terima alasan aku…lepas tu aku time tu pulak aku kena p induksi n BTN kat Terengganu 3 minggu..balik tinggal seminggu B4 diorang final..’polish’ habis2an..
then Julai 07..huhuhu pegang kelab kebudayaan…benda yg aku tak pernah terpikir..uruskan sampai diorang pandai main set caklempong poly yg berhabuk tu..wat persembahan sana sini (wah!..poyo nih!)…erk sem ni jugak dengan DET5 jul 07 aku menangis dalam kelas 09.07.07...tarikh aku takkan lupa..apa punya sengal aku that time…
then sem julai 07 ni ler jugak aku 1st time ever mengajar course DTP n terkena kat DTP 6…pengalaman habis…kelas comei yg selekeh ckit…payah betul nak suh ‘tuck-in’ baju…aduh..nak mengekalkan tumpuan depa dalam kelas aku apatah lagi time lapar..erk bercinta habis…time ujian careless giler2..ntah pape dijawabnyer..bukan aku tak tau diorang leh wat sebenarnye…mula ar aku jadi kakak tiri…huhuhu kehadiran lagi..tak datang tapi memanjang ada ‘"MC" nyer (DTP u all tau kan kes tu)…tapi still aku sayang setiap sorang dalam kelas tu..ummm dah habis bljar pun pun diorang semua nih!..hope dapat jumpa semuanyer balik masa konvo nanti 27 n 28/7 ni…sebab diorang ler aku tabah n berusaha memperbaiki diri untuk jadi yg terbaik ;)..
lagipun memang sesi Julai 07 tu aku janji untuk cabar diri aku untuk bz kan diri tahap dewa sebab frust takde time Konvo PSAS yg ke 2 sebab kena p induksi n BTN (blog sesi julai 07)…well cik dedicate that APC tu untuk u all Sesi Jan & Julai 07..untuk ex-bos aku..En Zulkurnain Shahadan..well dia ler mentor aku..thanx yakin dgn keje2 aku wpun staff dia sorang nih ada waktu2 sengal nyer…erm rakan2 exam yg sama2 wat tugas hakiki kita dgn jaya nya setiap sem..balik kul 1 pagi bila time rezo paper final…rakan2 yg bujang..abah, ibu, as, ya n im…thanx for being with me…love each one of u..n aku paling ingat sms 27th birthday yg abah bagi ‘I’m glad ur born, because u brighten our life and fill it with joy. Ur not getting older, ur getting better"….yes abah..i’m getting better..for u, for ibu..for our family n for myself ;)..
Uncategorized | Comments (2)me at home…
syok nyer bila dah sampai rumah….memang environment yg syok untuk ganti tido…hehehe…nway aku n jana breakfast kat JCO hari ni…berdebar gile sejak kuar tol kota damansara sebab jana follow keta aku…kuang2 kantoi gak sebab aku p naik ‘jambatan pulau pinang’ tu..jawabnyer kami kena masuk LDP n u-turn balik ar nak p SP..huhuhu jana dok tak habis2 puji sedap nyer glazzy bila dine-in…masing2 tapau sedozen..balik seremban main redah jer LDP tu..aleh2 kuar tol Kajang…hehehe pengalaman berharga tu…kat rumah comment Ya lagi best pasal glazzy…rupa macam dohnut ’sengal’ je…tapi rasa tahap dewa sedap nyer…
Isk…cuti sem ni bawa balik assignment untuk di tanda..macam2 kaler cover nye…yg purple DKE 5C, merah DET 5…kuning DTP6 n hijau DEM 6B…aku asing kan kelas ikut kaler coz senang aku nak kesan assignment bila time meja aku dah bersepah tahap dewa…bukan senang nak tengok meja aku elok tersusun cam dalam gambar tu…satu sem 2, 3 kali jer…huhuhu ..entah sempat tak seminggu ni…nak tour n9 observe student LI lagi…Jempol & Kendong here i come!!! (ntah mano ntah tompat nyo)..nak layan Ya lagi…aku gak ar yg nak kena drive dia p mana2…dah ada ’snowbird’ pun malas nak drive…
huhuhu aku ni bising je lebih dgn Ya…layan tetap layan…isk..isk..nak ganti tido lagi…well..tadi ada member yg agak ’sepi’ buat beberapa lama (bz tahap dewa kot!)..last minute inform dah nak fly p Brno seminggu…hoho inform i time nak depart..takut i kirim pape ke?? ;p huhuhu Brno tu.. aku cuti ni p Jempol n Kendong udah ler…huhuhu apa2 pun i wish u selamat pergi n balik ..kot2 jumpa "Darth Vader" bawa ler balik untuk i ;p…n for me laks..selamat menjalankan tugas observe n marking assignment :)..well "there is time for everything" ???… yeah…sure it is!! chaiyok!..chaiyok!
Mac 2008….full of memories..
emmm berlalu sudah bulan birthday aku…seriously aku rasa bulan 3 berlalu dengan cepat giler n sekarang dah bulan 4…maybe terlampau banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku sepanjang bulan 3 ni……bermula 1/3 birthday my ibu yg best…then 8/3 PRU - 12…1st time mengundi…cam best jer balik selatan konvoi ramai2…yg tak best nyer result undi yg terlampau ‘gempak’ je la…nway sampai sekarang cite PRU-12 still hot kat ofis if sorang dah mula bukak cite…at the same day aku p wedding member sek rendah aku kat kg pengantin KL…wedding fendy n lin..huhuhu sesat merapu gak time nak p…nasib baik nini n fairuz berjaya mencari aku…kat cni gak jumpa Bai classmate aku kat Puteri Seremban..aii rupanya dia member Lin time matrikulasi…alahai kocik tul dunio ni…pusing2 member den la juo….ingat nak lepak lama2 dgn nini…but abah aku telefon suruh aku balik cepat coz BN dah byk kalah…hehehe lagipun dah pukul 10.30 mlm pun..dgn beraninya aku lalu terowong smart untuk pertama kali nyer…panjang betul terowong tu…betul la kata jana, ecah n anis…memang rasa tak bernafas…lega giler bila dah kuar terowong tu…hehehe
Berikutnyer 11/3 my birthday…’Happy Birthday 2 Me!!!!huhuhu dah 27 tahun umur kanak2 riang sorang ni…dari tengah malam dapat wish birthday..yg paling aku tak leh lupa..kul 830 pagi tengah aku dok prepare nak p kelas ada member telefon suruh aku bangun tido..aku pun mula2 dah confuse…salah dail ke…hahaha rupanye member ni ingat aku cuti sem…kebetulan time cuti sekolah masa tu…cuti sklh dah x sama dgn poly…hohoho ingat aku tak bangun lagi ler tu…sorry ler if kat poly…paling lambat aku bangun kul 8 pagi…tapi if balik seremban…asyik2 nak tido jer..nyway thanx for the "surprise call" cause its really made my day :)..
15/3..aku turun putrajaya lak…ikut rombongan PUSPANITA PSAS p MISA..ummm Dr. Sheikh Muzaffar tak de lak masa tu…erm paling best masuk wayang 4-D dia…aku, Imah n Anis cam jakun gak ar…hehehe…then rombongan tu p Nilai 3 aku tak ikut ar..coz aku kena p wedding Fendy n Lin kat Presinct 16….nasib baik ar best friend sek rendah aku ada…si Krol…dia ar yg jemput aku dari Presinct 5 p presict 16…if tak memang pusing2 ar aku kat situ….10 kali pusing pun lum tentu jumpa…kat wedding tu aku jumpa Zah yg dah jadi mak ‘buyung’…last aku jumpa dia masa wedding dia…hehehe maka aku pun memujuk dia bawa aku p Sunway Pyramid..kebetulan dia nak balik Klang..hehehe aku nak p beli JCO n exercise mat yg sememangnyer tak de kat TM…dgn baju kurung ala mak datin tu la aku boleh masuk Sunway Pyramid beli 3 exercise mat n 2 dozen JCO…huhuhu dua kali angkut tu…tapi puas hati ar coz aku dapat belikan JCO untuk Kak Mah n Kak Na yang tengah pregnant…diorang teringin sebab dengar gaya aku bercerita cam dohnut tu sedap sangat..hehehe memang sedap pun..
17/3…pas waktu keje….pertandingan badminton staf PSAS pun mula dah….hehehe mula2 beregu aku n Ain dah kalah…jerit n gelak je lebih…mana tak nyer 4 tahun tak main badminton…badan pun still sakit2 coz baru turun berlatih malam sebelumnyer….lebih nyer aku tolong jadi pengadil je ar….Bulan 3 gak perkara yg paling aku tunggu2 as penjawat awam pun akhirnye tiba gak…hehehe surat pengesahan jawatan….memang aku perlukan sangat2 surat tu…terima kasih ar Pn. Alawiah staff SPP yg sabo giler dok melayan aku yg telefon setiap 2 hari sekali dok bertanya pasal surat tu…memang layak pun if dia dapat APC…dengan kebenaran KK Mate aku yg sporting giler..aku pun p putrajaya…sampai sana 745 pagi..nasib baik lah Awi tunggu aku kat putrajaya n bawa aku p SPP…jimat masa…ummm harap kan aku p sana mau sesat ler berjam cari SPP kat mana..jumpa Pn. Alawiah pun kejap je…comeinye je orangnya….n Ya..along memang restu giler2 ar ko dgn Awi…hehehe pas tu aku ‘pecut’ balik TM…kejarkan kelas kul 1015 pagi…sib baik sempat…pas tu dok pantau student caklempong yg akan wat persembahan untuk AKJ elektrik petang tu…
erm 21/3 aku turun putrajaya lagi..kena settle my ‘unfinished business’…perkara ni hanya boleh berjalan pas surat pengesahan jawatan tu ler…kul 10 pagi aku gerak, before 2 petang aku dah sampai kat ofis balik…jana dok kata aku wat p putrajaya tu cam aku p pekan TM jer…hehehe but still lum settle lagi sebenarnye…petang tu gak final badminton untuk staf perempuan…aku n ajk lain pun hepi giler akhirnya habis gak tggjwb kitorang…dalam bengong2 tu tetiba zura call ajak p main boling n tengok wayang kat the curve…maka pas Isyak kitorang berlima pun gerak 2 kereta….aku , jana n rahida satu keta while zura, suzana n kak oli satu kereta lagi….syok tu drive ‘bluefish’ rahida..dah ar manual…sempat main 1 game je n then tgk ‘Ah Long Pte ltd’…lawak giler + sedih gak…tapi yg nyata aku n Jana puas giler gelak malam tu….respect ar aku kat Li Hua (Fann Wong) heroin cite ni..or should i call hero???….ganaz giler…well kat 3.30 pagi ar sampai TM balik…
Then 27/3 Jana bawa aku p JPJ KKB..lesen P aku dah tamat tempoh…hehehe akhirnya aku dah dapat lesen penuh ;)…dah leh bukak ar pelekat P tu..kena wat gak that day coz esok nyer aku kena turun putrajaya sekali lagi…kali ni Jana teman aku lak…lepas kali ni ‘unfinished business" aku tinggal 30% je ar…memang aku bersyukur sangat ar dapat KK yg sporting giler…dia pun faham ‘perkara’ tu penting bagi aku…yg penting tanggungjawab aku pada pelajar kerja n pelajar setel before bagi kebenaran keluar tu….
29/3..aku, jana n ecah turun UKM..tengok student kitorang DEM 6A n DEM B yg participate dalam ROBOCON GOVINDA 2008…memang kitorang bangga dgn student kitorang yg kena bersaing dgn universiti2 yg budget diorang berkali ganda..at least robot PSAS pun dapat perhatian gak…ada yg ngadu sedih bila kalah n rasa rendah diri…puas ler aku n jana kata..tak pe ni 1st time…at least PSAS antara 3 poli je yg participate berbanding 22 poly ada seMalaysia…yg penting pengalaman…ish memang syok ar tengok contest tu…hehehe nway aku dapat jumpa ‘kawan lama’ yg maintain hensem wpun dah kahwin…huhuhu dia bawa student dia masuk bertanding gak…nway congrats tu MMU sbg juara! pas p ukm tu aku, jana n ecah pun gerak ar p Sunway Pyramid (SP)…dah pandai tu p SP sendiri…..hehehe tengok "27 Dresses"…hampeh tul..touching giler cite ni ntah cam ne aku sorang je yg leh ‘menangis’…ecah n jana dah confuse…ntah aku pun tak paham..ada part cam terkena diri sendiri pun ada…hehehehe pas tu apa lagi…p tapau JCO ar..masing2 lebih sedozen…nway untuk ibu2 pregnant yg dah rasa sekali memang diorang nak lagi :)…
Erm cam tu ler penamat cite sepanjang bulan 3 aku…esok 5/4 poly dah start cuti seminggu…boleh je aku balik petang jumaat ni tapi esok pagi aku n Jana nak wat keje giler p Sunway Pyramid dulu n breakfast kat JCO…lagipun Ya suruh aku bawa balik Seremban …dia nak rasa…well aku kan along pada adik-adik ku..so demi dia gak aku balik lambat..huhuhu..erm cuti ni pun macam tak cuti kot sebab aku akan teman Jana observe student yg wat industrial training (LI) kat area n9..huhu PD, Rembau, Jempol, Kendong…sebenarnya dia kena p dgn Ain tapi tak jadi sebab last minute Ain kena p kursus kat KL…well what’s girlfriends are for right!…ermmm orang selalu tanya sama ada aku ni bz ke? …well aku jawab aku bz but still pada aku ‘there is time for everything’ ;)…chaiyok!…chaiyok!…
Uncategorized | Comment (0)Whatever…………….
Rasa2nya semua dah tahu result undi kawasan masing2…election ke-12 ni 1st time aku mengundi…punya ar bersemangat balik…konvoi balik selatan….poly bagi cuti berganti lak Jumaat tu…punya meriah cam nak balik cuti semester….tak sangka lak result leh cam ni…aku tak sangka kat n9 DAP sapu habis kawasan senawang, rasah, seremban, lobak, temiang…area rembau pun sampai kira semula vote 2 kali….perghhh ntah la harap mereka akan berbakti lebih baik n seperti yg dijanjikan…apa pun result nyer…as keje kerajaan…mana2 yg jadi bakal jadi kerajaan Malaysia…aku tetap akan berkhidmat dengan sepenuh hati….
Sambil balik ngundi ni sempat gak aku p kenduri kahwin Lin n Fendy kat KL..isk grand giler…dapat ler jumpa member2 skshas yang sempat datang…well tak sangka lak lin n fendy sama2 sekolah rendah leh berjodoh…aku rasa time sekolah dulu diorang ni tak de ar kenal sangat…hehehe dah jodoh pun…wish korang dua happily ever after ;)..
waaa bercinta betul nak balik poly ni…cam tu ar dah sampai rumah…selain ngundi,wedding..cam2 cte berlaku…paling best aku dapat tengok sendiri perubahan kat Ya sejak2 ada ‘whitebird’ (nama sementara b4 aku pk nama sesuai..)..ibu kejut sekali je ajak p pasar…terus bangun beb!…aku yg mamai bgn tido cam tak caye ke…betul ke adik aku sorang nih!…hehehehe…well Ya…along proud of perubahan ko ni…dapat ar aku tido lama ckit hari ahad…kui…kui…kui…ko nye memang best la coz auto….apa2 pun i’m still love my ’silverbird’ so much….jiwa along bukan jiwa ‘auto’ ar…hehehehe
Esok mula balik ar bz giler kat ofis…selagi ujian selaras modul matematik tak habis…aku n jana pening kepala, tak senang duduk, tak tenang tido…last week minggu yg giler…tak sangka jana leh dapat settle gak jadual waktu ujian…thank KK Matematik yg tak pressure kitorang n percaya kat kitorang berdua…..ujian klinik matematik fasa 1 pun on last week serentak dgn ujian sem 3 n 6…congrats to jawatankuasa klinik math atas kerjasama n sokongan korang……alhamdulillah perjalanan ujian dah 50% settle…this week tinggal ujian sem 1,2 n 5 jer…..nway dalam bz2 giler…ntah cam ne aku n jana still larat pegi kelas senamrobik…this sem dah start twice a week….pk2 balik tu je ler yg buatkan we all lepaskan tension trhdp keje rupanya….lagipun aku n jana ada ‘tournament’ badminton lg 2 minggu…kena ar fit…nak wat cam ne JMSK tu apa2 hal yg bujang ar kena main if ada pape game…aku akan beregu dgn ain, jana n shad…raket badminton pun tak dak lagi….hahahaha pk2 balik….aku n jana main badminton??…believe it or not??..u better believe it…hahahaha
Uncategorized | Comment (0)PA??..kaunseling??
Ummm hari ni aku kena p kursus asas kaunseling untuk PA…….nak wat cam ne sem ni PSAS wat polisi semua lect kena jadi PA..walaupun yg duk kat JMSK…syok ar kelas DET 5 aku tak de kelas kul 8 pg2 isnin ni…tapi esok
petang sedia ar jumpa aku 3 jam straight..aku wat ganti kelas terus ;)…
Sebut pasal jadi PA ni..aku rasa tanggungjawab nye sgt ar berat…lagi pulak student yg aku dapat aku aku tak pernah ajar…nak mengenali sorang2…latar belakang mereka…apatah lagi bila nk membimbing jika mereka ada masalah dlm akademik apatah lagi peribadi…..before ni pun ada je student share problem dgn aku..just bila dapat title PA secara rasmi ni…cam dah rasa ‘beban’…..
alhamdulillah dalam masa perubahan nak take over tugas dari PA sekarang ni, student2 yg dipertanggungjawb kat aku semester ni diorag p industrial training…so Allah dah mudahkan urusan aku dan beri peluang dan masa untuk aku lebih bersedia…antaranya aku kena p kursus kaunseling ni la…
Walaupun masa wat education dulu ada la amik subjek psikologi tapi dalam kursus kaunseling kali ni banyak gak input baru yg aku dapat….cam ne ciri2 pembimbing yg baik.."CUT APPLE A"…CARING, UNDERSTANDING, TRUSTING, ACCEPTING, PATIENCE, POSTIVE THINKING, LISTENING, EMPATHY n ASSERTIVE….kiranya pas p kursus ada keyakinan ckit ar nk jadi PA…thanx to pegawai kaunseling poli yg jd penceramah nyer….sbb last2 nak penutup course tu dia leh ‘attack’ aku dgn ‘dorongan minima’ dia…hehehe…memang respect ar dia leh wat aku share pengalaman aku handle problem ex-student aku kat depan ramai2 tu…malu, segan semua ada…leh rasa ar pipi aku dah panas…pas tu dia puji ar aku coz masih ada ex-student yg still contact untuk share problem…coz itu dah menunjukkan ada ciri2 kepercayaan ;)….
umm paling tak sangka berlaku hri ni….seseorang yg aku dok cite kat jana pasal "terpijak dulang" kena gak p kursus tu…and dlm byk2 tmpt leh duduk betul2 kt kerusi belakang aku….aku n jana dh pandang2 n gelak2 sebab teringat kes aku tersalah ‘call’…hehehe….astaghfirullahalazim..punya ar kecoh jadi nyer sepanjang course tu…sebab dia n the gang jenis ‘ceria thp dewa’..then dah ar kena berlakon sesi kaunseling…last2 pilih dia jadi partner sebab sebelah aku jana n kak mie…susah ar nak berlakon dgn org yg kita rapat…hehehe dari sesi kaunseling terus jadi sesi sembang n share pnglmn..sebab dah 2 sem we all mengajar class yg sama ;)…ummm one day aku kena minta maaf gak kat dia pasal cite or should i say ‘ngumpat’ kat jana kes dia terpijak dulang tu…hehehe…
Uncategorized | Comments (2)sepintas lalu……
Adusss….aku baru check separuh kertas kuiz kelas sem 6…sah ada yg follow perangai senior diorang sem lepas…"menyamar" faham…geram lak rasanyer time marking tu…ntah pape dibuat nyer…dalam kelas puas la aku ingatkan…jangan sesekali menyamar faham…bila aku cakap cam tu diorang gelak lak…nasib baik baru kuiz satu…ada la masa aku pk apo nk wat penambaikan sebelum terlambat…isk…isk…apa pun sayang gak sume student aku :-)..
Uncategorized | Comment (1)What a day!..my SILVERBIRD :(
ummm dah kul 12.30 tgh hari ni…hehehe tak reti2 nk gerak dari rumah…ummm rini awal gk aku bgn coz nk balik n before that nk p kedai tayar coz SILVERBIRD aku kena paku…perghhh dekat sejam round area senawang cari kedai tayar ditemani ibu….ibu aku dari semalam dok ajak p cari kat seremban terus…aku dgn degil nyer nk p area senawang sebab pk dekat…lagi satu memang sebab degil kot…perghhh sume tutup lagi…chinese new year….samapi area tasik jaya aku mencari…majoriti isnin baru buka….aku mula2 dah fed up nk balik rumah terus…nk nangis pun ada coz memang tak sedap hati nk bawa blk SILVERBIRD yg ‘cedera’ n tak wat alignment n balancing…memang bawa tak best giler…last aku follow ar nasihat ibu p gak seremban…nak ter gelak pun ada….ada gak satu kedai yg besar bukal…memang bersyukur giler2…ibu aku lagi ler happy..isk…isk…ado gak tokey yg tak mo raya cina lama2….bagus betul untuk yg emergency cam aku…pk2 balik degil nyer aku tak mo dengar kata ibu…
selain aku tunjuk mana yg cedera aku minta dia check semua sekali…guess what…2 dari nye dah ‘bengkak’…paku tu nak dijadikan cerita jer…tokey kedai tu mula ‘tazkirah’ kat aku…’amoi’..u "tak rasa pape ka time bawa keta"…"ada goyang ka"…amoi.."u ar very lucky ar"..amoi "very dangelous wooo"..amoi u ini…amoi u itu….aku diam je ar tgk tayar2 tu..coz still shock gak ar…then atas arahan ibu n abah + tokey yg ‘peramah’ tu aku pun tukar ar dua2 tyr sekali…dah tak mo bantah2 laie…
Dari bilik menunggu tu aku tgk jer diorang tukar tayar…wat alignment n balancing…cam layan perasaan sorang2 tgk SILVERBIRD aku….isk sedih n sayu pun ada…cam dah rasa abaikan dia je…well for past 2 weeks aku tukar keta dgn im…mmg best ar bawa BLUEFISH im…dah ar auto…kat hway time lap mmg maintain…2 minggu tu aku tak tnya pun khbr SILVERBIRD aku…tak sangka ar balik ni nk amik balik jadi cam ni…..
Dalam layan2 perasaan tu mula ar ingt kngan aku dgn SILVERBIRD aku ni..p kenduri eriya, adibah…sampai ke johor dah dok amik brg2 Ya time dia belajar..time dia konvo…p kuantan amik brg im…p penang kenduri cik maz..bawa abah aku med-check up..dia je ar yg leh bawa wheel chair abah p mana2…n for nearly a year..aku bawa dia balik seremban every week dari tm masa aku still ajar tuisyen kat Le Sean…jasa dia banyak sgt…isk..nangis gak aku ni…apa pun alhamdulillah ar skrg dah ok…pas ni kena tukar lagi baki 2 tayar tu…umm…thanx to ibu coz luangkan masa teman kan anak sulung dia ni…dah ar semalam teman kan aku n Ya beli sunglasses…tak pasal2 we all dapat discount giler2 coz tokey Focus Point tu baik dgn ibu…customer tetap..hehehe…n thanz to ibu gk coz tak kata ayat.."kan ibu dah kata…" ;)..
umm cam betul jer bile guys kata majoriti perempuan reti bawa keta jer..maintainance hampehs…hehehehe ye ke??…boleh la…moral of the story of my story yg berjela ni…amik tau pasal maintainece keta…n do "listen to your mum" baru le dpt ‘kaf, ba, gho, kaf, ta, alif, nun.."keberkatan….pandai!!!…isk nak kena balik tm ;(…
Uncategorized | Comment (1)
